Anda kini berada di laman Al-Baghdadi Learning Centre Pinggiran Batu Caves di Gombak Permai (Atas Restoran Qudrat). Pusat Pembelajaran Siri Mudah Belajar & Mengajar Al-Quran Teknik Al-Baghdadi ini adalah sebuah pusat pengajian Al-Quran Teknik Al-Baghdadi yang diikhtiraf oleh Al-Baghdadi Method Sdn Bhd untuk
menjalankan program-program Belajar Al-Quran Teknik Al-Baghdadi. Pusat
Pembelajaran ini ditubuhkan pada bulan Julai 2011. Setakat ini
alhamdulillah kami telah mengendalikan lebih dari 14 kelas KELAB AL-BAGHDADI, iaitu kelas untuk dewasa & remaja.
Al Baghdadi Method Sdn. Bhd. secara rasminya telah diiktiraf oleh The Malaysia Book Of Records sebagai Largest Quranic Learning Centre (
Pusat Pembelajaran Al Quran Terbesar) setelah memiliki sebanyak 13 buah
rangkaian ATC dan 575 buah ALC diseluruh Malaysia dalam tempoh tiga
tahun.
Perkembangan
menarik ini telah menyuntik semangat para pendokong dan pendidik Teknik
Al Baghdadi untuk terus mendidik anak bangsa diseluruh Malaysia untuk
mempelajari al-Quran. Usaha berterusan ini diharap dapat membantu
mengurangkan kadar buta al-Quran di kalangan masyarakat yang dilihat
semakin membimbangkan dengan pendedahan kajian-kajian ilmiah yang telah
dibuat oleh para pengkaji dari beberapa buah institusi pengajian tinggi
awam.
JADUAL KELAS
Kelab AL-BAGHDADI Dewasa & Remaja
Kelas Asas Al-Quran : Bermula MAC 2014 Jam 8:00 MALAM
Anda boleh daftar dengan SMS ke 013 432 3802
ATAU TERUSKAN PEMBACAAN ANDA
MENGENAI TEKNIK INI KERANA PASTINYA ADA KELAINAN..
MENGENAI TEKNIK INI KERANA PASTINYA ADA KELAINAN..
Pembelajaran Al-Quran melalui teknik Al-Baghdadi adalah satu teknik yang di ilhamkan oleh Ustaz Jalaluddin Al-Baghdadi. Ianya adalah salah SATU TEKNIK yang dapat membantu umat islam yang memerlukan bagi menguasai bacaan Al-Quran dengan pendekatan yang MUDAH, INOVATIF, SISTEMATIK dalam tempoh yang singkat dan teknik ini juga membolehkan kita mengajar orang lain.
Ustaz Jalaluddin Al-Baghdadi
Teknik Al-Baghdadi serta
bahan-bahan bantuan mengajar terhasil dari pengalaman beliau
mengendalikan kursus kaedah Al-bargy yang diasaskan oleh Allahyarham
Ustaz Muhadjir Sulthon di dalam pengajaran dan pembelajaran Al-Quran
kepada guru-guru dan ibubapa diseluruh negara selama 8 tahun.
Keberkesanan
teknik ini telah terbukti dengan beberapa testimoni pelajar yang telah
mengikuti program khas yang dianjurkan oleh pihak Al-Baghdadi Method
Sdn. Bhd.
Kini, Al-Baghdadi Learning Centre Pinggiran Batu Caves di Gombak Permai melalui perunding kami yang terlatih mengajak anda bersama kami sekiranya masalah anda menepati kriteria berikut:-
Ini adalah antara sebab mengapa ramai daripada kita bertangguh untuk belajar. Kini anda tidak perlu malu dan segan lagi kerana Teknik Al-Baghdadi mempunyai kaedah yang cukup mudah serta menyeronokkan dan pembelajaran dilakukan secara kumpulan. Banyak latih tubi dilakukan
semasa dalam kelas yang dibuat secara kumpulan dan bukan individu jadi
tiada siapa yang tahu tahap anda kecuali diri anda sendiri. Ada yang berumur lebih dari 60 tahun yang datang ke pusat kami untuk belajar. Apa yang penting ialah keinginan untuk memperbaiki diri kita dan meneruskan usaha yang telah terdetik dalam hati kita untuk belajar Al-Quran.
Satu lagi masalah yang sering kali kita hadapi dalam pembacaan Al-Quran ialah ketidak lancaran membaca dengan baik serta tartil. Masih teragak-agak dan ragu-ragu akan sebutan huruf-huruf hijhiyah serta bunyi-bunyi yang keluar darinya. Melalui teknik Al-Baghdadi ini kita akan didedahkan serta kepada 6 perkara asas dan pokok dalam pembacaan Al-Quran.
Ke enam perkara asas tersebut terkandung dalam kitab TAMHID AL-BAGHDADI yang mengandungi hanya 27 halaman.
Teknik ini juga menggunakan Alat Ketuk sebagai alat bantuan mengajar yang akan membantu para pelajar membaca dengan lancar serta tartil, InsyaAllah.
Dalam kelas Teknik Al-Baghdadi, anda tidak perlu risau kerana guru tidak akan bertanya anda tentang apa yang diajar kerana latih tubi yang banyak selama 2 jam setiap sesi pembelajaran sudah
memadai untuk anda mengetahui serta mahir dalam pelajaran yang diajar
masa itu serta anda sudah boleh mempraktikannya terus. Kami memberi jaminan tidak akan bertanya kepada anda secara individu.
Teknik Al-Baghdadi mempunyai keistimewaan di mana anda bukan sahaja belajar tetapi dengan menguasai teknik ini, anda akan terus dapat mengajar kepada
orang lain seperti ahli keluarga anda atau pun rakan-rakan anda sebaik
sahaja anda pulang dari belajar dalam pelajaran pertama lagi! Anda akan
lebih cepat dapat sekiranya anda melakukan sedemikian dan anda juga
secara tidak langsung mendapat manfaat dari apa yang anda pelajari.
Teknik Membaca & Mengajar AL-BAGHDADI adalah
teknik atau kaedah terkini untuk belajar membaca Al-Quran yang sesuai
untuk semu lapisan masyarakat yang mana ianya adalah stu teknik MUDAH, CEPAT & MENYERONOKKAN! Walaupun ianya sesuai untuk setiap golongan namun pihak ALC Damansara Damai hanya menawarkan PROGRAM KELAB AL-BAGHDADI sahaja iaitu khas untuk orang DEWASA.
AYUH! Tak perlu bertangguh lagi! Kalau
mereka mampu melakukannya mengapa tidak anda. Kami percaya dan yakin
anda boleh melakukannya. Anda mampu untuk membaca Al-Quran selepas ini
dan anda akan terperanjat akan kebolehan anda sendiri. Apa yang penting ialah anda yakin bahawa tiada yang mustahil sekiranya kita benar-benar ikhlas untuk belajar.
Setapak kira mengorak langkah kita untuk menuntut ilmu bagi mendekati
diri kita kepada Allah swt. maka beberapa tapak Allah swt akan datang
membantu kita.
Salam Ukhuwah, Hubungi Segera, kami sedia membantu anda!!!
Ustaz Hafizul Akbar Abdul Rahman,
Perunding Al Baghdadi & Guru Talaqqi Bersanad
013-432 3802 / 019-961 0849
Salam Ukhuwah, Hubungi Segera, kami sedia membantu anda!!!
Ustaz Hafizul Akbar Abdul Rahman,
Perunding Al Baghdadi & Guru Talaqqi Bersanad
013-432 3802 / 019-961 0849














